Followers

Saturday, 14 February 2015

Aiskrim Nestle Mat Kool Butterfly

Assalamualaikum.

Fuhhh.. sekarang ni cepat betul masa berlalu. Tak menyempat saya nak update blog. Tengok2 blog dah bersarang. Haha. Ni pun first time saya post entry melalui hp. Nak pakai laptop, malas. Nanti lepas guna nak kena simpan balik. So kita guna hp. Sentiasa ditangan. Try and error saja la ya. Kikiki.

Dah nama pun first time, kita post entry ringan2 saja la. Petang tadi mak saya ada belikan aiskrim Nestle Mat Kool Butterfly. Harganya RM1.80 saja. Terdapat dalam dua perisa iaitu strawberi dan anggur. Apa yang menariknya, aiskrim ni ada 2 batang. Jadi kita boleh patahkan untuk 2 orang makan. Nak makan sorang2 pun boleh. Hehe.

Dah lama aiskrim ni ada kat pasaran. Kalau tak silap saya, sejak awal tahun lepas lagi. Tapi saya yang ketinggalan. Ish.. Ishh.. Ishhh..

Saya tertarik dengan cara Nestle mempromosikan produk mereka. Kreatif betul. Dah la bentuk unik. Warna menarik. Rasa pun sedap. Harga berbaloi. Siap boleh bahagi 2 bahagian. Kanak2 memang akan tertarik. Sambil makan, sambil main. Yang paling bestnya kalau pasangan kekasih yang makan. Wahhh.. romantik gitu haaa..

Jadi, kepada sesiapa yang belum dapatkan aiskrim Nestle Mat Kool Butterfly, cepat2 dapatkan di kedai runcit berhampiran anda. Pasti tak rugi.

~ S . E . L . A . S . I . H ~

No comments:

Post a Comment